Saturday, August 15, 2009

HOME




RM390

Jadikan Al-Quran Sentiasa Disisi Anda

Telefon Bimbit Al-Quran



Keistimewaan Perisian:
  • Bacaan Al-Quran 30 juzuk oleh Sheikh Saad Al-Ghamidi
  • Paparan teks berwarna Rasm Uthmani seiring bacaan
  • Mudah mencari surah dan ayat, tekan nombor sahaja.
  • Terjemahan Bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, dan 20 bahasa lain.
  • 11 Kitab Hadith Matan Arab
  • Terjemahan Sahih Muslim (Indonesia)
  • Terjemahan Al-Bayan (Melayu)
  • Terjemahan Riyadhus-Solihin (Inggeris & China)
  • Tafsir Al-Jalalain (Arab, Inggeris & Indonesia)
  • Waktu Solat, Azan & Qiblat

Ciri-Ciri Telefon:
  • Dual Band GSM 900, DCS 1800
  • 2 Kad Sim Aktif
  • Skrin Sentuh 2.2" TFT LCD 262K Warna
  • Kamera 1.3 Mega Pixel & Perakam Video
  • SMS, MMS, GPRS dan Internet
  • Memori Eksternal T-Flash 2GB
  • MP3 & MP4
  • Radio FM
  • Bluetooth
JAMINAN 1 TAHUN

Accessories:
  • 2 GB SD Card
  • 1 charger
  • 1 battery
  • 1 earphone
  • kompas
  • buku panduan
Extra Feature
  • Games
  • Unit Converter
  • Currency Converter
  • World Clock

HUBUNGI KAMI

jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh lah menghubungi kami melalui:


1. email:
http://www.blogger.com/hpalquran@gmail.com

2. no tel: 013-6282296

3. facebook:
http://www.facebook.com/people/Handphone-Alquran/100000160927696


Untuk Tempahan:

1.
Sila buat tempahan melalui email :
nyatakan butiran lengkap anda seperti:

  • Nama Penuh
  • Alamat(utk proses penghantaran)
  • No Telefon
  • Email
  • Model dan Warna Handphone
2. Untuk mempercepatkan proses, sila hantar sms kepada kami. (013-6282296)
3. Tunggu respon daripada kami( dalam masa 24jam) sebelum anda membuat pembayaran.

Sila buat pembayaran pada salah satu akaun:
1. BANK ISLAM: 1416 2020 2687 34
3. BANK MUAMALAT: 1301 0057 5957 20

semua akaun tersebut di atas nama NURUL NADIAH BT ABDUL NASIR, dan untuk transaksi online, anda boleh masukkan email
hpalquran@gmail.com

p/s: segerakan bukti pembayaran(slip bank) untuk mempercepatkan proses penghantaran.

PERHATIAN!
Proses penghantaran dikenakan caj RM10 sahaja.
Bagi pelajar UIAM Gombak(campus), boleh dapat terus dari kami.



Monday, August 10, 2009

GAMBAR




Sunday, August 9, 2009

PERSOALAN HUKUM

STATE MUFTI'S OFFICE
Prime Minister's Office
BRUNEI DARUSSALAM

HUKUM MEMBAWA ALAT-ALAT YANG
MENGANDUNGI PERISIAN AL-QUR’AN KE TANDAS

(BILANGAN 245)

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)



Dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia melalui keajaiban akal dan ilham yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berjaya mencipta alat-alat yang serba canggih. Al-Qur’an yang dahulunya hanya dapat dibaca melalui kertas ataupun mushaf kini sudah dapat dimuat turun ke dalam alat-alat seperti telefon bimbit ataupun PDA (Personal Digital Assistant).

Oleh kerana alat-alat seperti telefon bimbit ataupun PDA(Personal Digital Assistant) ini sangat penting penggunaannya dalam kehidupan masa kini, maka sudah semacam kemestian ianya sentiasa dibawa bersama ke mana-mana sahaja termasuklah ke tandas.

Sebagaimana yang dimaklumi, ayat-ayat al-Qur’an adalah kalamullah yang wajib dihormati, dimuliakan dan dijaga sedaya upaya atau sebaik-baiknya agar ianya tidak terdedah kepada sebarang pencemaran atau penghinaan yang boleh menjejaskan kesuciannya. (Fatwa 22/2006). Jadi di sini, timbullah persoalan mengenai kehormatan perisian al-Qur’an yang terdapat pada alat-alat tersebut.

Adakah membawanya bersama masuk ke tandas, ataupun membawanya dalam keadaan berhadas akan mencemarkan kesucian al-Qur’an?

Hukum Membawa Tulisan Ayat Al-Qur’an ke Tandas

Membawa apa sahaja benda yang tertulis padanya ayat-ayat al-Qur’an mahupun zikrullah ke tandas hukumnya adalah makruh. Termasuk juga dalam hal ini nama-nama yang dimuliakan seperti nama-nama Allah, para nabi dan malaikat-malaikatNya sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj.

Imam asy-Syirazi Rahimahullah berkata dalam kitabnya al-Muhadzdzab : “Jika ada seseorang ingin memasuki tandas dan bersama-samanya ada sesuatu yang terdapat padanya zikir-zikir Allah, maka baginya menjauhkan benda tersebut daripada dirinya (tidak membawanya masuk ke tandas), kerana telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak memasuki tandas, Baginda meletakkan cincin Baginda itu di luar, ini kerana di atas cincin Baginda itu ada tertulis perkataan "Muhammad Rasullullah" yang Baginda jadikan sebagai mohor atau cap Baginda dalam urusan surat menyurat.”

Imam an-Nawawi Rahimahullah ketika mengulas kata-kata pengarang kitab al-Muhadzzab ini telah berkata : “Para ulama asy-Syafi‘eyyah telah bersepakat mengatakan bahawa adalah sunat dijauhkan sesuatu yang ada padanya zikir-zikir Allah ketika seseorang itu hendak masuk tandas dan tidaklah wajib ianya dijauhkan daripada dirinya (membukanya).”

Imam an-Nawawi Rahimahullah seterusnya menambah: “Sama ada benda yang tertulis padanya zikir-zikir Allah itu duit perak (dirham) atau emas (dinar) atau cincin atau lainnya, begitu juga jika ada bersama-samanya tangkal ataupun azimat, sunat dijauhkan benda-benda itu daripada dirinya ketika hendak memasuki tandas.”

Ini bertujuan bagi memuliakan ayat-ayat al-Qur’an yang terdapat pada alat-alat tersebut dan sebagai mencontohi perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang meletakkan cincin Baginda (di luar) apabila hendak masuk ke tandas kerana terdapat padanya ukiran perkataan "Muhammad Rasulullah". (Fatwa 22/2006).

Adakah Alat Yang Mengandungi Perisian Al-Qur’an Itu Dihukumkan Sebagai Al-Qur’an?

Para ulama berpendapat bahawa ayat yang ditulis pada sesuatu dengan tujuan untuk mengaji atau mempelajari ayat al-Qur’an adalah haram untuk disentuh atau ditanggung oleh orang yang berhadas. Sementara ayat-ayat yang ditulis bukan kerana tujuan mengaji atau belajar membaca ayat tersebut, umpamanya ayat al-Qur’an yang ditulis sebagai tangkal dan azimat maka harus ia disentuh atau ditanggung oleh orang yang berhadas. (Fatwa 31/1972).

Adapun alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang terdapat padanya perisian al-Qur’an, tidaklah dihukumkan sebagai al-Qur’an sungguhpun ianya diniatkan untuk mengaji atau mempelajari ayat-ayat al-Qur’an tersebut. Ini kerana pancaran tulisan al-Qur’an pada skrinnya adalah berbentuk elektronik dan tidak kekal. Begitu juga bacaan al-Qur’an yang berbunyi dari alat tersebut adalah berbentuk rakaman. Ia akan terpadam dan hilang jika alat tersebut dimatikan atau dialihkan ke program yang lain. (Fatwa 22/2006).

Maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menanggung atau menyentuhnya dalam keadaan berhadas kerana sebagaimana yang telah disebutkan tadi bahawa alat-alat tersebut tidak dihukumkan sebagai al-Qur’an.

Hukum Membawa Masuk Alat Perisian Al-Qur’an Ke Tandas

Dalam kitab Nihayah al-Muhtaj karangan Imam ar-Ramli Rahimahullah, beliau berpendapat bahawa benda-benda yang tidak dihukumkan sebagai al-Qur’an atau nama-nama yang tidak dimuliakan adalah harus untuk dibawa masuk ke tandas. Begitu juga jumhur ulama tidak menegah untuk membawa benda-benda selain zikir Allah ke tandas.

Maka dapatlah diambil kesimpulan di sini bahawa adalah harus hukumnya membawa masuk alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya ke tandas dengan syarat unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an itu tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada di tandas.

Dalam erti kata lain, alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya itu hendaklah dimatikan ataupun dialihkan program al-Qur’an itu ke program yang lain sebelum masuk ke tempat-tempat kotor seperti tandas supaya unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada dalam tandas.

Ini berdasarkan pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah dalam kitabnya Tuhfah al-Muhtaj, beliau berkata: “Sekiranya seseorang masuk ke tandas dengan membawanya (cincin yang tertulis padanya al-Qur’an); walaupun dengan senghaja, maka sunat untuk menyembunyikannya seperti menggenggamnya dalam tapak tangan.” Dengan mematikan alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya itu, ataupun mengalihkannya kepada program lain sebelum memasuki tandas, maka terpeliharalah kesucian ayat al-Qur’an atau tafsirnya yang terdapat dalam alat-alat tersebut kerana ianya tidak akan muncul ketika berada dalam tandas.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah turut menjelaskan bahawa selain tandas, semua tempat-tempat kotor atau tempat-tempat maksiat dihukumkan sebagai tempat-tempat yang menjijikkan. Maka menurut pendapat ini, tempat-tempat tari menari, kawasan perzinaan, kedai judi, tempat yang mengamalkan riba dan yang seumpamanya, dan termasuk juga dalam hal ini tanah perkuburan orang-orang kafir adalah sama keadaannya sepertimana hukum membawa ayat-ayat al-Qur’an ke tandas.

Kesimpulan:

Tidak kira di mana pun ayat-ayat al-Qur’an tersebut, sama ada pada kertas, tangkal, dinding dan sebagainya ianya masih lagi dinamakan ayat-ayat al-Qur’an. (Fatwa 31/1972). Maka dalam permasalahan alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an ini, adalah sangat mustahak pemiliknya bersikap lebih berhati-hati dalam menjaga kesucian ayat-ayat al-Qur’an yang terdapat pada alat-alat tersebut dengan memastikannya ditutup ataupun dialihkan kepada program yang lain sebelum memasuki tempat-tempat yang tidak wajar seperti tandas ataupun mana-mana tempat yang dihukumkan sebagai tempat-tempat yang menjijikkan sepertimana yang telah dijelaskan tadi.

Saturday, August 8, 2009

FAQ

FAQ HP MY IMAN

  1. Apa kelebihan HP ini?

Sila lihat maklumat dalam flyers

  1. Berapa pilihan warna?

Hitam, putih (silver), hijau muda dan pink

  1. Berapa lama tempoh warranty Hp MY IMAN?

Tempoh warranty selama setahun diberikan untuk kerosakan yang disebabkan kelemahan pengeluar atau pengilang seperti kegagalan fungsi dan perisian HP. Walau bagaimanapun, kerosakan HP yang disebabkan oleh kecuaian dan kemalangan oleh pengguna HP tidak termasuk dalam warranty. Sila lihat warranty terms and conditions dalam warranty card HP MY iMAN untuk maklumat lanjut.

  1. Adakah term warranty termasuk accessories HP?

Seperti HP jenama lain, warranty selama 3bulan diberikan untuk accessories HP seperti charger, bateri, kompas, earphone dan cable.

  1. HP ni buatan Malaysia ke?

Tidak, HP ini sebenarnya buatan dari negara China. Tetapi proses assembly dilakukan di Malaysia melalui syarikat MY IMAN TECHNOLOGIES SDN. BHD iaitu sebuah syarikat yang dikendalikan sepenuhnya oleh orang Islam.

  1. Bagaimana pula dengan software atau perisian HP MYIMAN?

Dikeluarkan oleh syarikat MY IMAN TECHNOLOGIES SDN. BHD dan telahpun mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

  1. Bagaimana kualiti HP ini?

Perlu ditegaskan bahawa HP ini mendapat sijil pematuhan dan pelepasan kualiti dari SIRIM Malaysia walaupun dibuat dari Negara China. Tidak semua barangan dari China tidak berkualiti dan SIRIM Malaysia mempunyai tahap penapisan dan pematuhan yang tinggi. Berikut adalah no. pendaftaran SIRIM iaitu M00295 untuk butiran lanjut dan rujukan. Para agen akan dibekalkan salinan sijil pengiktirafan SIRIM.

  1. Apa yang harus saya lakukan sekiranya HP rosak?

Cara pertama:

Boleh pergi terus ke pusat service centre MY IMAN TECHNOLOGIES, alamat seperti dibawah dan anda di nasihatkan call sebelum datang : MY IMAN TECHNOLOGIES (M) SDN. BHD, METROWANGSA, SECT. 2, WANGSA MAJU, 53300 KUALA LUMPUR. (HP: 016-2206707 @ 016-2024528)

Cara kedua:

Jika tinggal jauh dari pusat services centre seperti di Sabah dan Sarawak, anda boleh menghubungi pihak syarikat dan poskan HP tersebut ke alamat diatas.

Cara ketiga:

Bole mendapatkan khidmat agen atau stokis berdekatan bagi membantu anda. Senarai stokis dan agen ada di iklankan dalam akhbar-akhbar seperti harian metro dan harakah.

  1. Di mana kami boleh dapatkan alat ganti & accessories?

Ikuti langkah diatas. spare parts juga bole didapati dari kedai HP terpilih.

  1. Berapa lama tempoh membaiki HP sekiranya rosak jika dihantar ke services centre?

Kebiasaannya dalam tempoh 2 minggu sahaja, bergantung kepada jenis masalah.

  1. Bagaimana sekiranya saya berminat nak jadi agen?

Hubungi pegawai kami di talian 013-222 9521 untuk maklumat lanjut.

  1. Bagaimana untuk mengakitfkan MMS dan GPRS?

Mudah sahaja, anda hanya perlu call services centre telco (Maxis, Celcom dan DIGI) masing-masing untuk maklumat pengaktifan secara manual. Pegawai tersebut akan menerangkan langkah yang perlu diambil bagi mengaktifkan MMS dan GPRS. Untuk Celcom, call 1111.