Saturday, August 8, 2009

FAQ

FAQ HP MY IMAN

  1. Apa kelebihan HP ini?

Sila lihat maklumat dalam flyers

  1. Berapa pilihan warna?

Hitam, putih (silver), hijau muda dan pink

  1. Berapa lama tempoh warranty Hp MY IMAN?

Tempoh warranty selama setahun diberikan untuk kerosakan yang disebabkan kelemahan pengeluar atau pengilang seperti kegagalan fungsi dan perisian HP. Walau bagaimanapun, kerosakan HP yang disebabkan oleh kecuaian dan kemalangan oleh pengguna HP tidak termasuk dalam warranty. Sila lihat warranty terms and conditions dalam warranty card HP MY iMAN untuk maklumat lanjut.

  1. Adakah term warranty termasuk accessories HP?

Seperti HP jenama lain, warranty selama 3bulan diberikan untuk accessories HP seperti charger, bateri, kompas, earphone dan cable.

  1. HP ni buatan Malaysia ke?

Tidak, HP ini sebenarnya buatan dari negara China. Tetapi proses assembly dilakukan di Malaysia melalui syarikat MY IMAN TECHNOLOGIES SDN. BHD iaitu sebuah syarikat yang dikendalikan sepenuhnya oleh orang Islam.

  1. Bagaimana pula dengan software atau perisian HP MYIMAN?

Dikeluarkan oleh syarikat MY IMAN TECHNOLOGIES SDN. BHD dan telahpun mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

  1. Bagaimana kualiti HP ini?

Perlu ditegaskan bahawa HP ini mendapat sijil pematuhan dan pelepasan kualiti dari SIRIM Malaysia walaupun dibuat dari Negara China. Tidak semua barangan dari China tidak berkualiti dan SIRIM Malaysia mempunyai tahap penapisan dan pematuhan yang tinggi. Berikut adalah no. pendaftaran SIRIM iaitu M00295 untuk butiran lanjut dan rujukan. Para agen akan dibekalkan salinan sijil pengiktirafan SIRIM.

  1. Apa yang harus saya lakukan sekiranya HP rosak?

Cara pertama:

Boleh pergi terus ke pusat service centre MY IMAN TECHNOLOGIES, alamat seperti dibawah dan anda di nasihatkan call sebelum datang : MY IMAN TECHNOLOGIES (M) SDN. BHD, METROWANGSA, SECT. 2, WANGSA MAJU, 53300 KUALA LUMPUR. (HP: 016-2206707 @ 016-2024528)

Cara kedua:

Jika tinggal jauh dari pusat services centre seperti di Sabah dan Sarawak, anda boleh menghubungi pihak syarikat dan poskan HP tersebut ke alamat diatas.

Cara ketiga:

Bole mendapatkan khidmat agen atau stokis berdekatan bagi membantu anda. Senarai stokis dan agen ada di iklankan dalam akhbar-akhbar seperti harian metro dan harakah.

  1. Di mana kami boleh dapatkan alat ganti & accessories?

Ikuti langkah diatas. spare parts juga bole didapati dari kedai HP terpilih.

  1. Berapa lama tempoh membaiki HP sekiranya rosak jika dihantar ke services centre?

Kebiasaannya dalam tempoh 2 minggu sahaja, bergantung kepada jenis masalah.

  1. Bagaimana sekiranya saya berminat nak jadi agen?

Hubungi pegawai kami di talian 013-222 9521 untuk maklumat lanjut.

  1. Bagaimana untuk mengakitfkan MMS dan GPRS?

Mudah sahaja, anda hanya perlu call services centre telco (Maxis, Celcom dan DIGI) masing-masing untuk maklumat pengaktifan secara manual. Pegawai tersebut akan menerangkan langkah yang perlu diambil bagi mengaktifkan MMS dan GPRS. Untuk Celcom, call 1111.

0 comments: